Ramadhan mengingatkanku kepada zaman persekolahan dulu. Entah kenapa ia juga sering sinonim dengan petang yang sejuk, berangin dan hujan. Aku yakin kebanyakan rakyat malaysia juga gemar berbuka puasa dengan kurma, air sejuk dan kuih muih. Ramadhan kali ini begitu berlainan sekali kerana aku berpeluang untuk berpuasa di negara orang. Alhamdulillah minggu pertama puasa ini aku habiskan bersama anak dan suami di rumah sendiri. Esok aku akan kembali ke Brunei untuk kembali bekerja sehingga hari raya menjelang nanti insyaallah. . Julung-julung kali aku menulis tentang Ramadhan dan kali ini juga sama. Masa dan idea agak kurang untuk menulis lebih banyak. Ramadhan kali ini aku berharap akan diberikan oleh Allah umur, kekuatan dan kesabaran untuk aku menunaikan sebanyak mungkin ibadah yang termampu oleh badan. Aku berharap untuk memenuhkan Ramadhan ini dengan hal-hal baik yang aku mungkin jarang lakukan sebelum ini. Benarlah, apabila hati manusia itu berharap dengan setulus hatinya untuk me...
segala benda yang makcik nak merapu. dari drama korea, sampai la waktu operasi imigresen. ehhh kau diam! macik punya blog macik punya suka laaahhh! hihi