Skip to main content

Posts

Showing posts from June, 2013

Brunei vs Malaysia

Rakan-rakan terdekat ramai yang tahu, aku sekarang sedang bekerja di Brunei Darussalam dibawah perjanjian di antara dua kerajaan iaitu Malaysia dan Brunei dengan mengguna pakai terma 'locum tenens'. Walaupun selama 6 bulan sahaja, apa yang pasti aku akan kembali ke tempat kerja asal dengan sedikit perubahan pada sikap, keperibadian dan gaya pemikiran. Soalan yang sering diajukan pada 1-3 bulan yang pertama ialah, "Seronok tak kerja di Brunei?". Rasanya agak sukar hendak menjawab soalan tersebut secara menyeluruh. Ada pelbagai aspek yang perlu difikirkan. Sudah tentulah, kalau hujan emas di negeri orang hujan batu di negeri sendiri tetap lebih baik negeri sendiri. Sungguhpun politik nampak semakin kucar-kacir dengan keadaan harga barang runcit yang semakin naik dan ditambah cantik pula dengan jerebu yang sedang melanda, tetap aku katakan negara sendiri lebih baik dari negara orang. 1. Kos hidup. Kos hidup disini kalau dibandingkan dengan gaji yang dibaya