Skip to main content

Posts

Showing posts from July, 2009

puasa dan raya tahun ni...

puasa dan raya tahun ni... takkan sama sebab nenek kesayanganku dah pergi buat selama-lamanya.. puasa dan raya tahun ni... takkan sama sebab dah tak dapat cium tangan nenek lagi.. puasa dan raya tahun ni... takkan sama sebab dah tak dapat rasa manisan dan bubur pedas (makanan tempatan) nenek lagi.. puasa dan raya tahun ni... takkan sama sebab bila aku balik kampung nanti, dah tak dapat tengok wajah nenek tersenyum lebar menunggu dimuka pintu.. puasa dan raya tahun ni... takkan sama sebab nenek aku dah takda untuk membebel suruh aku tolong mak masak lagi... puasa dan raya tahun ni... takkan sama sebab yang tinggal cuma; selimut yang nenek jahit dengan tangannya sendiri.. baju-baju kurung nenek yang dah mula kusam.. periuk2 dan pinggan mangkuk nenek yang dah berdebu.. pokok buah-buahan yang nenek tanam semasa hayatnya masih ada.. telaga yang dah ditutup sebab nenek takut kami cucunya jatuh dalam telaga.. dan yang tinggal cuma kenangan bersama nenek tersayang... dan dipuasa dan