Skip to main content

Posts

Showing posts from August, 2016

Apa Saya Tonton Sekarang?

Hari ni saya layan Episod 9 Uncontrollably Fond. Suzy dan Woobin. Ceritanya agak perlahan. Dah masuk ep. 9 barulah ada perubahan emosi yang banyak dalam satu episod. Lucu, sedih, marah, geram, sakit hati. Penanda aras saya bagi drama Korea mudah saja. Kalau air muka saya berubah semasa menonton maka ada kemungkinan drama itu menarik.. Saya gemar cerita bertema keluarga, cinta komikal, muzikal komikal, aksi berunsur seni pertahanan diri atau aksi tanpa senjata api. Jadi kebanyakan drama dan filem korea yang saya tonton dalam genre begini. Apa yang saya cukup gemari dalam k-drama ialah runut bunyi. Walaupun tak faham sepatah haram, melodi yang menarik memang mudah menarik minat kita, bukan? Hari ni saya muat turun lagu Kim Bum Soo tajuk I Love You . Layankan... nak tau lirik? sila google. dia tahu semua. ahahaha! Saya bukan peminat Woobin ataupun Suzy. Tapi saya layan juga cerita ni selepas menonton episod 1 sehingga habis. Lakonan Woobin berbeza dari drama The Heirs,