Skip to main content

Posts

Showing posts from January, 2014

Ko a melanau

Assalam.. Hari ni makan ikut selera sendiri. Makan sorang2. Kahwin dgn bangsa melayu bermaksud takde kawan la nak makan makanan tradisi melanau.. Makanan ni namanya "inut".. sila baca ikut sebutan baku. Hehe. Org melayu sarawak panggil ni "linut". Org sabah & brunei panggil "ambuyat". Asalnya dari tepung yang dibuat dari pokok rumbia. Biasanya tepung ini disiram dengan air panas mendidih sedikit demi sedikit sambil tepung dikacau cepat2 sehingga akhirnya jadi kembang, likat dan hampir lutsinar macam gam. Org melanau makan ni dengan sambal belacan (ikan bilis, bawang merah, halia, belacan, cili ditumbuk sederhana halus kemudian perah limau kasturi) atau dengan lauk lain cthnya ikan masak kunyit berkuah, sayur rebung atau macam2 lagi. Kali ni.. saya makan dengan sambal belacan je. Dan obor2 masin diperah limah dan cili potong. Mengeluh dan mengeluh lagi... makan sorang memang tak syok ...