Skip to main content

Posts

Showing posts from September, 2010

fuuhhhh..

baru hari pertama masuk kerja sejak 3 minggu bercuti, dah dapat makluman ada taklimat perlu dihadiri di tingkat 3 bangunan pentadbiran. bukan matlamat asalnya utk elak dari panjat tangga ke?????? perlu bertenang mental & fizikal utk perlahan2 panjat naik sampai tingkat 3 petang ni. fuuuhhh

8th week a.k.a 2 months

http://www.babycenter.com/fetal-development-images-8-weeks
14 - 15 Sept 2010 sekali sekala muntah. belum pasti apa yang 'trigger' muntah ni. sebab musabab nya tak 'consistent'. tapi dah perasan satu benda, aku takkan suka makan 1 benda lama2. kadang2 cuma 1 hari. paling lama 3 hari. hari tu gila makan sotong. tak lama lepas tu cium bau pun dah tak nak. lagi satu, cukup benci bau minyak masak yang dah lama atas api. kalau mula-mula menggoreng tu ok lagi. bila dah lama, mula la 'kembang2' rasa lain macam.. berat turun lagi 0.5kg. apa tak nya? nak makan punya lah susah! makin nasik kira nasib baikla kalau sehari ada 2 kali. kadang2 langsung tak sentuh. makan mi lah, sayur aje lah.. telur aje lah.. yang pelik2.. kepada suami2, sabar lah banyak2.. nasib baik suami kesayangan hamba tak komplen.. hihihi. mana bleh komplen.. dah 2 tahun tunggu niiiii.. 16 sept 2010 ada spots sikit bangun dari tidur. coklat. tapi dah pagi, tak da dah. mungkin sebab lama sangat duduk semlm. kalau duduk lama sikit, pinggang mula sakit. kalau pingg

kesimpulannya...

... tak boleh banyak berjalan..  baru ni jalan-jalan di Wisma Sanyan dengan suami.. dan baru 30minit, (duduk 5minit) pinggang dah rasa lain macam.. cepatnya penat. esok paginya, ada spot sangat kecil.. jadi.. maksudnya memang tak boleh banyak berjalan... camana masuk kerja nanti? dari lobi nak masuk ke makmal? dari makmal nak masuk ke kelas di tingkat 1?

... dan jantungnya kedengaran ...

6 - 12 Sept 2010 9/9 memandangkan 10/9 raya, jadi suami ajak pegi jumpa doktor awal sikit (awal 2 hari). mula scan, tak nampak jantung! risau dah aku ni! terkelu sekejap. doc scan lagi skali pakai scanner lagi satu (if u know what i mean..). kali ni nampak jantungnya! nampak lagi tu berdegup2. (doktor tu yang kata..) Doktor tu tanya soalan agak bodoh kat aku, "mau dengar bunyi b.b. (baby) punya heartbeat ka? sikijap saya kasi (bagi) kuat munyik (bunyi)". dah tentulah nak dengar! aku terkelu lagi. dengar jelas bunyi jantungnya. (dalam hati aku kata, wah.. dalam 1 tubuh ada 2 jantung berfungsi? masyaAllah...!) sambil senyum lebar, aku cuma mampu kata "bang, dengar sik? (tak?)". Rasanya jantung suami aku tu pun melompat2 seronok. Dia senyum je. Alhamdulillah.. Ada bukti kandungan dalam tubuh aku ni masih bernyawa & sihat. Orang lain tak dapat kesempatan ni.. Kandungan aku belum pun ada tubuh yang lengkap, tapi mak ayahnya dah boleh dengar jantung dia berbunyi..Jang
30 Ogos - 5 Sept 2010 30/8 Hari ni takda spots. alhamdulillah.. Kerja, tapi banyak tidur. Kerja semua lintang pukang.. 31/8 Hari Kebangsaan Malaysia. Tengok perbarisan dalam tv. Sakit belakang bila berdiri lama sangat. Takda mabuk2 macam kebanyakan orang pregnant. alhamdulillah.. mak kata, dia dulu pun macam tu tak da mabuk2. Cuma satu je, punyalah memilih nak makan.. Nasi, kalau boleh tak nak langsung. Nasi kerabu je selera. Nasi lemak pun selera. tapi nasi putih? sekian terima kasih... Gila pulak dengan air sejuk.. Sepanjang masa minum ais. Dah la bulan puasa, tak puasa, minum air sejuk lagi tu.. ish ish...  1/9  ada spot, tiny one. really tiny one. risau dah aku ni. nak balik sibu jumpa doktor lagi. 2/9 masih lum ada selera nak makan, minum air je memanjang.. kandungan dah masuk 6 minggu nih, mudah2an sihat.. takde spots hari ni. 3/9  hari ni pun takda spots. 4/9 hari ni PUN takda spots. alhamdulillah.. terlupa makan 'duphaston' semalam.. *sigh.. rasa tak selesa bawah perut